Pancing ikan puyu tarikan ke Perlis - Utusan Malaysia

Pancing ikan puyu tarikan ke Perlis

PERTANDINGAN memancing ikan puyu anjuran sebuah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Perlis. – IHSAN GRUP KRT PARLIMEN KANGAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TIBA sahaja hujung tahun, datanglah suasana cuaca sejuk di Perlis yang dipanggil Musim Timur yang menjadi petanda akan berlaku kemarau yang kebiasaannya pada awal tahun berikutnya dari Januari hingga Mac.

Semasa dalam peralihan untuk tiba musim kering, air di dalam sawah dan parit di tepi jalan raya juga beransur-ansur kekeringan.

Dalam keadaan ini, muncul banyak ikan puyu untuk makan bunga padi dalam sawah dan bunga rumput dalam parit. Ketika ini, bermulalah aktiviti memancing ikan puyu.

Disebabkan air dalam sawah selalunya bercampur dengan baja dan racun rumpai yang dimasukkan oleh para petani dalam proses mengerjakan sawah mereka, ikan-ikan puyu dalam sawah banyak berpindah ke dalam parit bersebelahannya.

Parit itu pula kebanyakannya bersebelahan jalan raya, sama ada jalan Persekutuan ataupun jalan-jalan negeri selain bersebelahan sawah.

Di kawasan parit inilah selalu menjadi tumpuan para peminat memancing untuk memancing ikan puyu. Selain ikan jenis itu, kadang-kadang ada juga umpan mata kail pemancing dimakan oleh ikan haruan.

Ini menjadikan kawasan-kawasan tersebut seperti pesta memancing. Suasana menjadi lebih meriah jika diadakan pertandingan memancing.

Di sini, saya ingin menyarankan kerajaan Perlis memasukkan aktiviti memancing ikan puyu dalam kalendar pelancongan negeri pada November dan Disember setiap tahun.

Program tersebut boleh diteruskan selepas berakhir musim memancing dengan mengadakan pula aktiviti bermain wau di dalam sawah ketika musim kemarau.

RAMLI ISMAIL, Kangar, Perlis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya