SAUDARA PENGARANG,
AMALAN kitar semula sudah bermula sejak bertahun-tahun lamanya dengan menggalakkan orang ramai menjaga alam sekitar. Bahkan, murid juga mempraktikkan amalan tersebut di sekolah.
Ada sesetengah keluarga mengamalkan amalan kitar semula dengan mengasingkan sisa sampah.
Namun, di mana orang awam boleh membuang sampah-sampah ini sekiranya pusat kitar semula yang dibangunkan kerajaan tidak kelihatan? Sebaliknya, hanya bergantung kepada pihak swasta yang memproses kitar semula.
Sepatutnya kerajaan membangunkan pusat kitar semula seperti yang dibina di negara-negara maju. Sehingga saat ini masih banyak berlaku pencemaran sungai di seluruh negara. Sepatutnya kerajaan menyediakan tong besar untuk kitar semula di setiap taman dan tepi sungai bagi memudahkan orang awam membuang barangan kitar semula. Ia boleh ditempatkan di laluan utama pengunjung.
Untuk makluman, di kawasan tempat tinggal saya langsung tiada tong kitar semula sedangkan ia sepatutnya diletakkan di setiap kawasan perumahan.
CH SYAM, Seremban, Negeri Sembilan