Ilmuwan ulama jadi contoh - Utusan Malaysia

Ilmuwan ulama jadi contoh

ULAMA perlu memainkan peranan dalam mendidik dan menyampaikan ilmu secara menyeluruh agar dapat menjadi asas dalam kehidupan harian umat Islam.-GAMBAR HIASAN/​​FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ZAMAN Abasiyah dianggap era keemasan tamadun Islam kerana umat Islam pada masa itu berjaya menjadi kuasa dinamik yang menyumbang ilmu pengetahuan sehingga ke Eropah, Parsi dan India.

Beberapa tokoh sarjana Muslim meyakini bahawa tamadun Islam memainkan peranan menjadi jambatan peniup semangat pembaharuan (renaissance) di Eropah yang ketika itu dunia mengalami zaman gelap.

Inilah kemuncak dunia Islam yang dianggap sebagai hab ilmu pengetahuan wujud di zaman kerajaan Bani Abasiyah pada abad kelapan, sembilan dan 10 tahun Masehi.

Maka selepas itu muncullah ramai tokoh ilmuwan dan ulama tersohor yang sehingga kini nama-nama mereka diabadikan bukan sahaja menjadi lipatan sejarah bahkan besar manfaatnya untuk setiap pengkaji dan penyelidik merujuk serta dijadikan asas panduan bagi mengetahui peranan serta sumbangan mereka dalam mempengaruhi perjalanan umat. Secara tidak langsung banyak faedah ditujukan buat generasi akan datang.

Antara nama-nama tokoh ilmuwan ulama tersebut ialah Al-Ghazali, Abdullah Ibnu Mubarak, Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Imam al-Qurtubi, Syed Hawa dan Ibnu Al-Jawzi.

Hal demikian menunjukkan tokoh ilmuwan ulama terdahulu merupakan insan mulia yang berjaya melihat arah perjalanan hidup masyarakat di zamannya.

Jadi, persoalannya, apa peranan dan sumbangan ilmuwan dan ulama kita yang ada pada hari ini untuk faedah serta kebaikan umat?

Amat malang jika ilmuwan ulama hari ini sekadar hanya menjadi penonton kepada sejarahnya. Yang terlihat hanya kehebatan dari sudut kepetahan berpidato atau kuliah yang dihadiri ribuan orang serta mendapat puluhan ribu like daripada netizen di media sosial.

Adakah itu sebenarnya ukuran sikap, peranan atau sumbangan ilmuwan ulama yang kita saksikan pada hari ini? Timbul satu lagi tanda tanya, bagaimana mereka digelar ulama sekiranya golongan itu pun suka berbalah disebabkan perbezaan fikrah atau aliran mazhab?

MUZAKKIR IBADURRAHMAN, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya