Hati-hati ‘orang asing’ jadi jaga - Utusan Malaysia

Hati-hati ‘orang asing’ jadi jaga

KERAJAAN perlu teliti berhubung soal keselamatan dan masalah sosial sebelum membenarkan buruh asing kembali bekerja di negara ini.– GAMBAR HIASAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEMAKIN banyak desakan membenarkan semula pekerja asing dibawa masuk untuk bekerja di ladang kelapa sawit.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin pada Oktober lalu berkata, kerajaan terpaksa membawa masuk seramai 32,000 pekerja asing di sektor perladangan selepas rakyat tempatan tidak berminat untuk mengisi kekosongan kerja dalam sektor tersebut.

Terbaharu, majikan dalam industri kawalan keselamatan juga memohon  warga asing dari negara-negara selain Nepal dibenarkan bekerja dalam bidang ini.

Beberapa hari lalu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr. Sukumaran Nair menggesa kerajaaan mempercepatkan proses kemasukan pengawal warga asing untuk industri keselamatan terutama dari Bangladesh, Indonesia dan Filipina mengisi kekosongan segera sekali gus memberi nafas baharu kepada majikan pengawal keselamatan di seluruh negara.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberitahu, kerajaan sedang merancang menjadikan Bangladesh, Indonesia dan Filipina sebagai negara sumber tenaga kerja bagi memenuhi kekosongan dalam sektor perkhidmatan pengawal keselamatan.

Jelas Hamzah, perkara itu perlu dikaji secara terperinci terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat dan kementeriannya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pemegang taruh bagi memastikan tiada isu atau masalah timbul mengenainya nanti.

Justeru, saya berharap Kementerian Dalam Negeri tidak mudah mengikut kehendak majikan ini selain perlu berhati-hati dalam meluluskan kemasukan pengawal keselamatan asing kerana bilangan ‘orang asing’ semakin bertambah di negara ini.

Janganlah hanya memikirkan untung semata-mata tanpa mengambil peduli risiko gejala sosial dan keselamatan rakyat secara keseluruhan. Walaupun syarikat memberi alasan kerajaan akan menerima keuntungan daripada levi pekerja asing tetapi perlu diingatkan ia melibatkan aliran wang ke luar negara dalam jumlah terlalu banyak. Itu belum dikira lagi rasa tidak selesa rakyat akibat kebanjiran pekerja asing yang tiada kesudahan.
Lagipun amatlah tidak kena pada masanya membawa masuk lebih ramai pengawal keselamatan asing di saat masih ramai rakyat tempatan tercari-cari kerja. 

PEMERHATI, Kuala Lumpur 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya