Gerun lihat ‘aksi’ penghantar makanan - Utusan Malaysia

Gerun lihat ‘aksi’ penghantar makanan

PENGHANTAR makanan perlu lebih peka soal keselamatan penduduk terutama kanak-kanak ketika menghantar barangan atau makanan kepada pelanggan. -UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU penghantar barang yang menunggang motosikal secara berbahaya sudah kerap kali disiarkan di media tempatan. Malah sudah banyak kemalangan melibatkan mereka tetapi seolah-olah tidak menjadi pengajaran.

Justeru, saya terpanggil untuk meluahkan perasaan penduduk taman perumahan yang terkilan dengan sikap penghantar barang yang memandu atau menunggang secara berbahaya. 

Sikap mementingkan diri itu memberi risiko kepada kanak-kanak yang sedang beriadah, terutama ketika mereka bermain basikal. Bayangkan jika mereka melanggar kanak-kanak yang sedang bermain itu. 

Di taman perumahan biasanya banyak simpang yang memerlukan penghantar makanan lebih berhati-hati.  Kami sentiasa dalam kegerunan melihat cara mereka memandu atau menunggang.

Jangan disebabkan mahu mengejar masa sehingga lalai mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. 

Oleh itu, kami berharap penghantar barang lebih peka mengenai soal keselamatan penduduk terutama kanak-kanak dengan mengurangkan kadar kelajuan ketika memandu dan menunggang terutama di kawasan perumahan.

Dalam pada itu, syarikat penghantar barang atau makanan boleh mewujudkan satu peraturan khas mengenai had laju pemanduan. Syarikat perlu mengambil satu langkah drastik dalam memastikan krew mereka sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan memandu dengan selamat.

Mungkin juga syarikat pengendali boleh mengambil inisiatif dengan memberikan latihan kepada pekerja yang terlibat dalam sektor berisiko tinggi ini.

ABDUL AZIZ ALI, Ipoh, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya