Elak dilabel parti jiwa kacau - Utusan Malaysia

Elak dilabel parti jiwa kacau

PAS sejak dahulu dikenali sebagai penumpang kepada parti-parti utama lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 25 November lalu dengan tegas menyatakan pihaknya menolak gagasan Muafakat Nasional (MN) yang terbelenggu dengan pembabitan hanya UMNO dan partinya.

Menurutnya, Pas menolak fahaman yang mena­fikan adanya masyarakat majmuk yang wajib ditangani oleh gagasan lebih besar iaitu Perikatan Nasional (PN).

Kenyataan itu jika ditafsirkan bermaksud Pas akan kekal menyertai PN dan menolak bersama dengan MN yang dilihat hanya akan menyebabkannya menjadi parti peminta sedekah yang menumpang kepada UMNO.

Saya menyokong pendirian Pas itu dan berharap ia akan terus bersama dengan PN sahaja dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Kekalkan sahaja hubungan itu sehinggalah PRU24. Jangan jadi seperti sebelum ini apabila Pas asyik berpindah-randah dengan mula-mula mengadakan pakatan dengan Parti Melayu Semangat 46 pada 1990.

Selepas itu 1999 menyertai Barisan Alternatif bersama PKR dan DAP dan kemudiannya menyertai Pakatan Rakyat.

Pada PRU15 nanti, orang ramai dapat melihat sendiri sejauh mana prestasi calon-calon Pas berkempen dalam pilihan raya.

Pemimpin Pas jangan pula menghalang ahli-ahli parti terutama yang setia dengan MN untuk mengundi calon dari parti lain termasuk Barisan Nasional (BN).

Kalau tewas dalam PRU15, calon Pas jangan lemah semangat sebaliknya masih ada banyak ruang lagi untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

Insya-Allah, negara ini masih beri ruang kepada setiap calon untuk bertanding dan menang sehingga PRU50.

Pemimpin Pas jangan buat ­fikiran rakyat menjadi berserabut dan kekallah bersama PN.

Elak sering mengeluarkan kenyataan mahu berpindah-randah semula kerana tindakan itu sudah pasti akan membuat rakyat membuat pelbagai andaian termasuk Pas menghadapi masalah jiwa kacau.

ABD. RAZAK OSMAN, Sungai Petani, Kedah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya