Bosan, miskin punca pelajar berhenti sekolah? - Utusan Malaysia

Bosan, miskin punca pelajar berhenti sekolah?

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) didakwa mewujudkan jurang antara murid, selain memberi tekanan kepada mereka. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

LAPORAN seramai 21,316 pelajar berhenti sekolah sejak Mac 2020 perlu dipandang berat oleh ibu bapa dan Kementerian Pendidikan.

Antara sebab pelajar mengambil keputusan berhenti ialah pembelajaran dalam talian yang membosankan dan ditambah pula liputan internet terhad khususnya di kawasan luar bandar.

Ada pelajar perlu memanjat pokok hanya kerana untuk mendapakan capaian internet yang baik.

Selain itu, bagi pelajar yang kurang berkemampuan, sudah pasti untuk memiliki telefon pintar dan komputer riba menjadi beban kepada mereka.

Sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) juga memakan masa lama iaitu hampir dua tahun menyebabkan pelajar bosan sementara bagi pelajar yang lemah dalam sesuatu subjek, mereka tidak dapat mengikuti pelajaran. Akhirnya, pelajar ketinggalan dan seterusnya memilih untuk berhenti sekolah.

Bagi keluarga kurang berkemampuan, sudah tentu masa pandemik ini pelajar serta ibu bapa tidak lari daripada memikirkan wang lebih penting daripada pelajaran.

Untuk membeli makanan pun tidak mencukupi, ini pula untuk membayar bil internet yang mahal. Jadi, pelajar ini mengambil peluang mencari wang sendiri apatah lagi niat itu mendapat dorongan ibu bapa yang memerlukan wang untuk menyara hidup.

Di sinilah bermulanya keciciran murid akibat kemiskinan dan tidak nampak lagi kepentingan menuntut ilmu.

Kita tidak mahu pandemik ini menjadikan murid kita miskin ilmu dan mensia-siakan usaha Kementerian Pendidikan untuk menarik murid suka ke sekolah dan ponteng sifar.

Nampaknya, ibu bapa dan kerajaan harus melipatgandakan usaha agar anak-anak kita akan terus mengikuti pelajaran secara formal dan bersemuka di sekolah .

ABDUL HAMID, Temerloh, Pahang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya