Awasi doktrin hedonisme - Utusan Malaysia

Awasi doktrin hedonisme

UMAT Islam perlu menjalani hidup berlandaskan al-Quran agar tidak terikut-ikut dengan budaya hedonisme yang bertentangan dengan ajaran Islam.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

NEGARA-NEGARA Islam disajikan secara aktif dengan pelbagai ideologi sejak empayar Islam Turki Uthmaniyah runtuh pada 1923. Pengenalan ideologi Barat ini sebenarnya berlaku sejak zaman Bani Abbasiyyah dengan terbuktinya kegiatan pemindahan ilmu yang sangat aktif melalui aktiviti terjemahan dari Yunani terutama dalam bidang falsafah. 

Rentetan kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah yang ditadbir oleh Sultan Abdul Hamid II, dunia Islam telah dibahagi mengikut blok-blok yang disepakati oleh penjajah bukan sahaja melibatkan tanah air bahkan pemikiran.

Antara fahaman yang disajikan dan dianuti ialah kefahaman hedonisme. Hedonisme merupakan satu doktrin atau pegangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup tanpa mempedulikan norma-norma kehidupan setempat atau pegangan agama.

Sekiranya menyingkap sejarah hedonisme, fahaman ini dibawa oleh pemikiran Yunani. Kebanyakan ahli falsafah purba memiliki teori tersendiri mengenai konsep ini. Tokoh-tokoh tersebut antaranya Democritus, Plato, Aristotle dan Socrates (Halipah Hamzah, Muhammad Azizan Sabjan dan Noor Shakirah Mat Akhir).

Kefahaman hedonisme ini bertunjangkan sekularisme dengan mengamalkan pergaulan bebas, berzina dan minum arak. Ia sejajar dengan kehendak sekularisme agar agama dan Tuhan tidak lagi berperanan dalam kehidupan.

Apa yang dianuti oleh golongan hedonis merupakan penyimpangan daripada apa yang difitrahkan kepada manusia secara keseluruhannya. Budaya merencat pembentukan sahsiah masyarakat selain merosakkan sistem pendidikan.

Oleh itu, gerakan kesedaran perlu diaktifkan. Manusia perlu sedar bahawa mereka hidup bertunjangkan petunjuk agama. Bagi yang beragama Islam, mereka perlu jalani hidup berpandukan al-Quran yang menghimpunkan segala penawar bagi setiap penyakit yang melanda masyarakat. Penawar yang ditawarkan Al-Quran ini tidak terbatas kepada generasi awal Islam sahaja tetapi sesuai untuk setiap zaman serta keadaan.

ASWADYQALBINADA, Presiden Kelab Pelajar/Alumni  OUM Alor Setar/Perlis.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya