Apa salahnya berbaju kurung? - Utusan Malaysia

Apa salahnya berbaju kurung?

TANGKAP layar Hannah Yeoh berpakaian baju kurung dan lengkap berselendang ketika menghadiri program di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Menjalara, Segambut. - IG HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA terpanggil untuk memberi respons berkaitan isu yang berlegar dalam media sosial baru-baru ini membabitkan seorang ahli politik yang juga Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh apabila menyarungkan pakaian tradisi orang Melayu serta lengkap berselendang ketika menghadiri majlis di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Menjalara dalam kawasan Parlimennya.

Jelas terserlah wajah kemelayuan dalam dirinya walaupun beliau bukan beragama Islam tetapi sikapnya yang menghormati Islam dan budaya orang Melayu wajar diberikan pujian.

Hannah turut memberi penjelasan melalui Facebook selepas menerima kecaman daripada netizen. Katanya, sebagai wakil rakyat, beliau perlu berpakaian yang sesuai dan menghormati sesuatu majlis.

“Bila saya berselendang, ada yang tuduh pilihan raya dah dekat, ini semua wayang kulit DAP. Kalau saya tak berselendang, nanti tuduh pula DAP menghina Islam. Yang bukan Islam sebelah sana pula kritik saya menyusahkan hak bukan Islam. Susahkan?” katanya dalam Facebook.

Beliau turut menjelaskan, sudah kerap kali ke masjid dengan berpakaian baju kurung dan selendang untuk menyampaikan sumbangan, naik taraf masjid dan berjumpa penduduk sepanjang 13 tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat. 

Katanya lagi, ia bukan gimik politik sebaliknya cara untuk melaksanakan tanggungjawab.

Oleh itu, saya beranggapan beliau bersikap jujur dan tidak mempunyai muslihat selain untuk mendekati rakyat di kawasannya. Untuk rekod, semasa Hannah menggalas tugas sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, beliau  dikenali dengan sifat yang sangat prihatin dan peka terhadap permasalahan wanita.

MUZAKKIR IBADURRAHMAN, Pulau Pinang

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya