Urus PRN Melaka ikut syariat Islam - Utusan Malaysia

Urus PRN Melaka ikut syariat Islam

AL-QURAN dan hadis tidak menyebut dengan khusus tentang pilihan raya. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini menyaksikan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan.

Al-Quran dan hadis tidak menyebut dengan khusus tentang pilihan raya.

Namun, terdapat beberapa ayat al-Quran secara tidak langsung menunjukkan keperluan mempunyai satu mekanisme berkesan bagi wakil-wakil politik.

Islam memberi penekanan kepada aspek etika dan moral dalam proses politik.

Penglibatan masyarakat Islam dalam politik bukan hanya memenuhi kepentingan peribadi tetapi untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.

Dalam hal ini, terdapat beberapa saranan dan langkah yang digariskan oleh Islam. Pertama, saling menghormati dan menghargai pendirian masing-masing serta mengutamakan dan memelihara persaudaraan dalam kalangan masyarakat.

Perpaduan perlu diusahakan supaya wujud suasana aman dan harmoni.

Kedua, bijak dan matang dalam mengurus perbezaan. Bersikap terbuka dan berlapang dada dalam menerima perbezaan tanpa menimbulkan ketidakpuasan hati berpanjangan dan berlarutan.

Dalam menyelesaikan isu perbezaan, sikap tasamuh (berlapang dada) adalah formula yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam al-Quran.

Ketiga, bersikap objektif dan fokus dalam memperjuangkan agenda kebajikan rakyat berbanding melakukan kritikan dan komentar terhadap pihak lawan.

Calon parti yang bertanding perlu lebih fokus dan serius terhadap manifesto yang ditawarkan supaya lebih realistik dan menawan hati masyarakat yang inginkan keadilan dan kebajikan terpelihara serta terbela dalam kehidupan.

Janji yang diberikan perlu ditunaikan dan diusahakan untuk dilaksanakan selepas mencapai kemenangan.

Keempat, menghindari sikap mencari kesalahan dan mencela antara satu sama lain.

Perbuatan negatif tersebut boleh menimbulkan suasana panas dan tegang sehingga boleh mencetuskan konflik dan perpecahan.

DR. AZRI BHARI, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya