Tugas urus jenazah tidak mudah - Utusan Malaysia

Tugas urus jenazah tidak mudah

TUGAS AJK masjid atau surau dalam melaksanakan tanggungjawab tidak mudah, justeru sumbangan mereka wajar diangkat dan dikenang. -GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TUGASAN pengurusan jenazah bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi ketika hujan dan di musim pandemik Covid-19 ini. Banyak tenaga terpaksa digunakan bagi menyediakan keselesaan untuk waris dan tetamu yang hadir seperti memasang khemah, menyusun kerusi hingga  menerima jenazah, memandi, mengkafan, sembahyang dan menggali kubur.

Keadaan lebih sukar apabila hujan kerana keadaan tanah yang lecak. 

Jadi, memang wajar  penggali kubur, Roslee Ali mendapat Anugerah Tokoh Frontliner Khas Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H/2021H selepas berhempas pulang tanpa mengenal penat melaksanakan tanggungjawab dalam proses pengebumian jenazah Covid-19 sejak pandemik melanda negara serta pernah menyediakan sekitar 40 liang lahad dalam sehari.

Saya sendiri melihat kesungguhan Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Al Falah, Seksyen  6, Kota Damansara ketika melaksanakan tanggungjawab menyempurnakan proses pengebumian ibu yang pulang ke negeri abadi pada 21 Oktober lalu.

Walaupun ibu meninggal sehari sebelum dan disebabkan prosedur operasi standard (SOP), jenazah hanya ‘dilepaskan’ selepas keputusan ujian Covid-19 dibuat.  AJK surau sentiasa siapa siaga untuk menerima jenazah pada bila-bila masa kerana setiap keperluan untuk proses pengebumian sudah dibuat secara sempurna.

Urusan pengurusan jenazah begitu lancar dan saya serta keluarga sangat berterima kasih kepada AJK surau berkenaan. Jasa bakti kalian amat kami hargai. Semoga Allah SWT membalas dan memberikan segala kebaikan kepada anda.

RAMLI OTHMAN, Kepong, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya