Tuah milik Penang FC? - Utusan Malaysia

Tuah milik Penang FC?

SEKIRANYA JDT menang Piala Malaysia kali ini, ia akan memberi kelebihan kepada Penang FC untuk musim akan datang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG

KEJOHANAN bola sepak tempatan menuju kemuncak serta dijangkakan pasukan yang bakal beraksi di pentas akhir Piala Malaysia sempena 100 tahun musim ini ialah Johor Darul Ta’zim (JDT) dan KL City.

Mengapa JDT dan KL City dipilih ke akhir? Ini kerana kedua-dua pasukan tersebut memiliki barisan yang mantap di setiap posisi serta mempunyai banyak kelebihan di samping dibantu taktikal yang diterapkan ketua jurulatih berpengalaman luas seperti Bojan Hodak dan Benjamin Mora berbanding lawannya di saingan semi final.

Sebelum ini, kami mengharapkan pasukan lain yang dapat menandingi kekuatan JDT.

Namun, kini kami berubah fikiran selepas KDA FC tersingkir di saingan suku akhir dan pada masa sama mengharapkan kemaraan Terengganu FC dapat disekat untuk mara ke akhir.

Ini bermakna seandainya JDT berjaya mara ke perlawanan akhir pada 30 November ini seterusnya mempertahankan kejuaraan pada musim lalu (2019), secara tidak langsung tuah akan memihak Penang FC dan tentunya Thomas Trucha sudah boleh tersenyum meskipun peluang ini dianggap nasib.

Persoalannya, adakah Penang FC sudah bersedia sekiranya berpeluang ke pentas Liga Kejohanan Kelab AFC nanti?

MUZAKKIR IBADURRAHMAN, Pulau Pinang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya