TNB ambil tindakan segera - Utusan Malaysia

TNB ambil tindakan segera

KERATAN akhbar Utusan Malaysia bertarikh 28 Oktober 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

LAPORAN Utusan Malaysia bertarikh 28 Oktober 2021 bertajuk Nenek cucu kerap ‘tersadung’ pancang tiang elektrik dirujuk.

Semakan kami mendapati tiada rekod aduan rasmi diterima Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jerantut untuk pengalihan sesalur umbang tiang elektrik berkenaan, selain tiada aduan dibuat secara bersurat atau menerusi panggilan di talian TNB CareLine.

Semakan kami juga mendapati pemasangan TNB itu mungkin pada asalnya di tanah kosong tanpa kediaman berhampiran.

Berikutan laporan Utusan Malaysia, tindakan telah diambil pada 28 Oktober lalu untuk mengalih sesalur umbang tiang elektrik tersebut. Orang ramai dinasihatkan menghubungi TNB sekiranya ternampak kejanggalan berkaitan pemasangan TNB di talian TNB CareLine 15454 atau Facebook TNB CareLine.

DATUK BADERUL SHAM SAAD, Pengurus Besar Negeri, TNB

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya