SAUDARA PENGARANG,
SEBELUM ini, kawasan perumahan di Parit Raja Laut, Batu Pahat, Johor kecoh apabila beberapa ekor babi hutan menceroboh masuk.
Situasi itu tidak menyenangkan penduduk selain risau tentang keselamatan diri dan keluarga mereka.
Selepas membuat aduan kepada Jabatan Perhilitan Batu Pahat, Johor, agensi berkenaan bertindak bertindak pantas dengan menembak babi hutan yang berkeliaran.
Tindakan pantas agensi berkenaan telah menyelamatkan kami sekeluarga selain dapat mengelakkan kekacauan di kawasan perumahan tersebut.
Terima kasih dan tahniah atas usaha dan tindakan pantas Jabatan Perhilitan Batu Pahat,
MISKAM JASMAN, Batu Pahat, Johor