Talian telekomunikasi teruk di Puncak Perdana - Utusan Malaysia

Talian telekomunikasi teruk di Puncak Perdana

SEPATUTNYA masalah telekomunikasi sudah lama diatasi selari dengan pembangunan di Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor. GAMBAR MYDASH.COM.MY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MEMBANGUNKAN infrastruktur telekomunikasi dan menaik taraf perkhidmatan internet di sekitar Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor sepatutnya sudah lama dilakukan oleh syarikat telekomunikasi (telco)  memandangkan terdapatnya Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Puncak Perdana sejak 2005. Malah UiTM Kampus Puncak Alam juga tidak jauh dari kawasan itu.

Namun sayangnya, sehingga hari ini penduduk terutama pengguna jaringan milik sebuah telco sering kali menerima gangguan perkhidmatan. Adakala masanya kami tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarga dan kenalan disebabkan perkhidmatan yang teruk.

Sebagai alternatif, kami membuat panggilan melalui WhatsApp menggunakan wifi di rumah. Pun begitu, itu bukanlah penyelesaiannya kerana kami masih lagi membayar bil bulanan yang mahal untuk perkhidmatan telco tersebut.

Masih ada dalam kalangan penduduk masih lagi bekerja dari rumah dan anak-anak  meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Jadi, sudah tentukan gangguan perkhidmatan ini memberikan kesan kepada penduduk?

Oleh kerana masih lagi ramai bergantung pada kesalinghubungan berkelajuan tinggi semasa bekerja atau belajar dari rumah, diharapkan telco terbabit dapat meningkatkan kapasiti agar tidak mengganggu proses bekerja mahupun belajar.  

Sudah tentu kami mengharapkan perkhidmatan yang terbaik. Diharap pihak telco itu dapat turun padang dan melihat dan menyelesaikan segera masalah di kawasan ini yang mengalami kekerapan gangguan perkhidmatan.

PENGGUNA MAXIS, Puncak Perdana, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya