Tak rugi pun beri sarapan percuma - Utusan Malaysia

Tak rugi pun beri sarapan percuma

KIRA-KIRA 70 peratus murid tidak mengambil sarapan pagi pada hari persekolahan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KERAJAAN memutuskan tidak meneruskan Program Sarapan Percuma (PSP) bagi semua murid tanpa mengira pendapatan keluarga di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Dalam laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada 2018, didapati Malaysia sedang menghadapi masalah kekurangan makanan seimbang dalam kalangan kanak-kanak.

Malaysia adalah antara negara paling teruk mengalami isu ini dibandingkan dengan negara-negara ASEAN lain.

Isu ini boleh dikait rapat dengan sosioekonomi rakyat di mana hanya golongan berada mempunyai akses kepada makanan berkhasiat (yang juga mahal) dan golongan marhaen makan berdasarkan apa yang diperoleh mengikut kapasiti kewangan.

Laporan UNICEF ini nampaknya tidak diambil berat oleh mana-mana blok politik.

Walaupun gembira dengan PSP yang pernah diperkenalkan sebelum ini, kita kecewa dengan kadar peningkatan gaji minimum yang rendah.

Ini secara langsung memberi impak kepada rakyat untuk mendapatkan makanan berkhasiat.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik sebelum ini pernah mendedahkan, berdasarkan kajian, hampir 70 peratus murid termasuk daripada keluarga kaya dan berpendapatan sederhana tidak mengambil sarapan pagi pada hari persekolahan.

Ini juga bermaksud Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang disasarkan kepada pelajar keluarga berpendapatan rendah (B40) tidak memadai.

Setiap murid harus diberi sarapan berkhasiat secara percuma tanpa mengira pendapatan keluarga supaya tidak tersemai budaya perpecahan dan perasaan kecil hati antara murid di sekolah sejak usia muda.

Hubungan silaturahim antara murid dari pelbagai latar belakang keluarga harus dipupuk melalui program ini, bukan sebaliknya.

Apabila kerajaan hari ini dapat menukar kereta rasmi dan melantik beberapa orang ahli politik dengan kerusi timbalan menteri dan posisi bertaraf menteri, tidak boleh kita ada justi­fikasi dari sudut kewangan untuk tidak melaksanakan PSP kepada anak-anak kita.

GANDIPAN NANTHA GOPALAN, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya