Sedih MN sudah 'mati' - Utusan Malaysia

Sedih MN sudah ‘mati’

TIADA apa yang boleh diharapkan lagi daripada penyatuan ummah dalam Muafakat Nasional (MN) selepas Pas memilih untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

 DALAM  wawancara bekas Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih mesra disapa Ku Li dengan Utusan Malaysia bertajuk Muafakat Nasional sudah lama mati yang diterbitkan pada 8 November lalu, ada benarnya.

Sebenarnya kami amat berduka apabila Muafakat Nasional (MN) sudah lama dimatikan oleh Pas ekoran parti itu memilih jalan bertentangan dalam karier politik dengan menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

 Kerana itu, pada Pilihan Raya Negeri  (PRN) Melaka ini, kita dapat menyaksikan pertembungan antara Pas dan UMNO. Hal ini berlaku kerana Pas memilih untuk beralih arah dengan memakai logo Perikatan Nasional (PN) selain mengarahkan ahli-ahli Pas untuk mengundi calon PN.

 Pada masa sama, sebagai ahli akar umbi parti, saya berharap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dapat mengekalkan Ku Li sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO kerana khidmat nasihat beliau masih lagi berguna dan relevan demi  perjuangan UMNO yang tulus ikhlas.

AHLI AKAR UMBI UMNO, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya