Pejuanita Muda terus pantau, kritik isu kemiskinan haid - Utusan Malaysia

Pejuanita Muda terus pantau, kritik isu kemiskinan haid

BANTUAN kit asas kebersihan diri secara percuma kepada 130,000 remaja wanita daripada golongan B40 dapat mengurangkan keciciran pelajar akibat kemiskinan haid.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BUAT pertama kalinya, Bajet 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kali ini memberi penekanan mengenai isu kemiskinan haid. 

Semasa pembentangan itu, Tengku Zafrul berkata, usaha ini diambil berikutan isu kemiskinan haid dalam negara ini yang dikatakan berada pada tahap membimbangkan selain kepentingan aspek kesihatan dan kebersihan diri remaja wanita dalam mengurangkan sebarang risiko kesihatan dan keciciran di sekolah.

Melalui pembentangan itu, Tengku Zafrul memberitahu, seramai 130,000 remaja wanita daripada golongan B40 yang mengalami kekangan kewangan menerima kit asas kebersihan diri secara percuma setiap bulan. 

Walaupun saya mengharapkan semua wanita B40 terutama pelajar sekolah akan menerima bantuan bulanan tuala wanita percuma bagi membasmi beberapa isu seperti ponteng sekolah dan mengandung dengan kerap kerana tidak mampu membeli tuala wanita.

Ya, ini dua isu biasa bagi mereka yang mengikuti perkembangan  kemiskinan haid. Jadi, pemberian hanya kepada 30,000 remaja bukanlah penyelesaian kepada masalah ini tetapi merupakan satu inisiatif yang baik untuk permulaan membasmi kemiskinan haid. Semoga dilaksanakan secara menyeluruh dan telus.

Pada masa sama, perjuangan Pejuanita Muda dalam isu ini tidak akan berhenti. Kita akan pantau dan kritik sejauh mana ia dilaksanakan. 

DR. NURUL ASHIKIN MABAHWI, Ketua Pejuanita Muda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya