Pasang lampu basikal waktu siang - Utusan Malaysia

Pasang lampu basikal waktu siang

PENUNGGANG basikal perlu memberi perhatian kepada persekitaran jalan raya. – UTUSAN/ ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU kemalangan jalan raya melibatkan basikal agak sepi dalam tempoh setahun dua ini disebabkan pelbagai faktor terutamanya pelaksanaan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kurangnya perhatian media mengenainya.

Perkara pertama yang harus diambil perhatian oleh penunggang basikal adalah persediaan sebelum menunggang.

Antara perkara paling penting ialah memastikan topi keselamatan diguna pakai dan lampu basikal dihidupkan.

Hal ini sangat penting kerana topi keselamatan dapat mengurangkan impak kemalangan terhadap kepala seterusnya merendahkan risiko kematian.

Selain itu, lampu basikal pula memainkan peranan penting untuk mudah dilihat oleh pengguna jalan raya lain pada waktu malam.

Ramai beranggapan lampu basikal hanya perlu dihidupkan pada waktu malam tetapi penunggang boleh juga menghidupkannya semasa siang atau menggunakan alat pemantul cahaya yang terang untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan.

Selain itu, perkara lain yang harus dititikberatkan ialah menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keadaan dan persekitaran jalan kerana kenderaan kecil seperti basikal amat mudah terdedah kepada bahaya dan risiko disebabkan struktur yang menggunakan dua roda menjadikan ia tidak stabil.

Di samping itu, rekaan dan kerangka basikal yang ringkas tidak dapat melindungi penunggang apabila berlaku kecelakaan jalan raya.

Amat menyedihkan apabila kita melihat beberapa kemalangan melibatkan basikal selalunya menyebabkan kematian atau kecederaan serius.

Hal ini disebabkan basikal sebenarnya tidak sesuai untuk berada di jalan raya kerana sistem keselamatannya jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kenderaan lain.

RADZI ABDUL RASIH, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor Kampus Pasir Gudang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya