Pas sia-siakan penyatuan ummah? - Utusan Malaysia

Pas sia-siakan penyatuan ummah?

PENDIRIAN politik Pas yang kini bertentangan dengan UMNO menjadi punca kegagalan penyatuan ummah dalam kepemimpinan parti Islam itu.-UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA  PENGARANG,

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilihat gagal dalam usaha penyatuan ummah yang asalnya diwujudkan bagi memperkuatkan lagi perpaduan orang Melayu tanpa mengira parti.

Perhimpunan pertama, Himpunan Kebangkitan Melayu di Pasir Salak pada 1 September 2018 dihadiri lebih 5,000 ahli UMNO dan Pas serta penyokong dari pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam yang mahu melihat orang Melayu bersatu.

Kini, penyatuan ummah tersebut dilihat terkubur selepas Pas didakwa gagal untuk melaksanakan tanggungjawab mengikut acuan sunnah Nabi Muhammad SAW dan perintah Allah SWT dalam kepemimpinan.

Malah, Pas semakin dilihat membelakangi UMNO dengan mendekati Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam memastikan kelangsungan  politiknya terus subur.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pernah mengatakan,  penyatuan ummah perlu berlandaskan kejujuran, keikhlasan dan bukan bertujuan untuk terus berkuasa selain menganggap Muafakat Nasional (MN)​​ sudah tidak wujud lagi.

 Maka, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad wajar berpegang kepada jumhur ulama tiga mazhab iaitu Maliki, Syafie dan Hambali sebagai mana diamalkan juga oleh Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika memimpin negara.

AKAR  UMBI AHLI UMNO, Kuala Lumpur 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya