Mekanikal, lalai bukan alasan lepas tangan - Utusan Malaysia

Mekanikal, lalai bukan alasan lepas tangan

LORONG penampan perlu dibina di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (Karak) dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di lebuh raya tersebut. UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KILOMETER 43 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur (Karak) berhampiran Selesa Hill Home, Bukit Tinggi di Bentong melalui arah timur merupakan laluan paling banyak berlaku kemalangan maut kebanyakannya melibatkan kenderaan berat seperti lori. 

Terdapat dua lokasi menurun bukit di laluan ini bermula dari Terowong Genting Sempah arah timur yang sangat curam. Kemalangan jentera berat sangat kerap berlaku. Kejadian terbaru, pada awal September lalu menyebabkan dua orang terbunuh.

Kegagalan mekanikal atau kelalaian manusia tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mengambil langkah-langkah konstruktif oleh pihak konsesi dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk mengurangkan risiko kemalangan, kecederaan dan kerosakan. Yang paling membimbangkan,  kemalangan melibatkan nyawa pengguna lebuh raya.

Dicadangkan pihak pengurusan Karak membina satu lorong kecemasan tambahan sebagai penampan supaya tidak terbabas ke dalam jurang khususnya jentera berat yang menghadapi masalah brek. Ini dapat  mengelak kenderaan terbabit daripada terhumban ke dalam gaung, melanggar bukit atau memasuki lorong bertentangan. 

Konsep lorong penampan ini sama seperti lorong kecemasan yang dibina oleh PLUS Malaysia Berhad berhampiran Plaza Tol Jelapang, Ipoh yang dibina bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

TEROPONG DO RE MI, Setapak, Kuala Lumpur

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya