Kitakan Keluarga Malaysia? - Utusan Malaysia

Kitakan Keluarga Malaysia?

RAKYAT perlu bertolak ansur ketika musim perayaan memandangkan Malaysia dihuni oleh masyarakat berbilang bangsa, agama dan kaum. -GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENGANUT Hindu baru sahaja meraikan sambutan Deepavali pada 4 Oktober lalu dengan suasana yang sederhana ekoran negara masih lagi berdepan penularan pandemik Covid-19.

Sudah pastinya mereka gembira dapat meraikannya bersama keluarga dan kenalan selepas kelonggaran diberikan kerajaan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pun begitu, saya agak kecewa dengan beberapa kenyataan daripada segelintir rakyat Malaysia yang mempertikai dan menggunakan bahasa kasar terhadap sebahagian penganut Hindu hanya disebabkan bunyi bising bunga api.

Sebagai rakyat yang tinggal dengan pelbagai kaum di bumi Malaysia, kita patut meraikan dan terbuka dengan perayaan itu. Mengapa perlu ‘bising’ dalam media sosial? Walhal perkara sama (bermain bunga api) dilakukan semasa musim perayaan Hari Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina. 

Kitakan Keluarga Malaysia, jadi apa salahnya meraikan kepelbagaian dengan terbuka? Jadi, sebagai rakyat, perlulah menghormati dan bertolak ansur demi perpaduan serta keharmonian di negara ini.

Janganlah disebabkan perkara remeh ini, keharmonian negara tergugat dan rakyat bermusuh antara satu sama lain.

Sikap saling hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat penting untuk menjamin kestabilan dan keharmonian ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan negara yang lebih baik serta mapan.

NAZ KHALID, Bagan Serai, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya