Jangan sampai warga emas, OKU tak ke masjid - Utusan Malaysia

Jangan sampai warga emas, OKU tak ke masjid

MASJID Negara perlu diubah suai supaya lebih mesra warga emas dan OKU.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SELALU diperhatikan, masjid-masjid di Malaysia sangat indah dan mengagumkan bukan sahaja kepada umat Islam malahan pelancong asing.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan yang boleh diperbaiki. Disarankan imam solat Jumaat membaca surah-surah yang pendek sahaja.

Ini kerana terdapat dalam kalangan jemaah ialah warga emas yang uzur kerana sakit tua atau orang kurang upaya (OKU).

Perlu juga disediakan ruang khas untuk warga emas dan OKU bersolat yang tidak memerlukan mereka menaiki tangga.

Terdapat sesetengah masjid yang ruang tempat sembahyangnya bertingkat-tingkat sehingga terpaksa jemaah yang uzur menaiki tangga tinggi.

Jangan kerana reka bentuk sedemikian menjadi halangan warga emas dan OKU untuk hadir menunaikan solat fardu secara kerap.

Contoh masjid-masjid yang mempunyai tangga tinggi ialah Masjid Negara dan Masjid Negeri di Negeri Sembilan.

Diharapkan pada masa akan datang, masjid-masjid baharu yang hendak dibina biarlah mesra warga emas dan OKU.

Kalau hendak dibina juga masjid yang bertangga tinggi, sediakanlah lif atau tangga bergerak kepada golongan ini.

Dalam pada itu, pengurusan masjid perlu mengumpulkan maklumat umat Islam yang bermastautin di dalam kariah tersebut supaya memudahkan urusan berkaitan termasuk menjaga kebajikan penduduk.

Saya juga berharap sekurang-kurangnya separuh ahli jawatankuasa masjid dipilih dalam kalangan mereka yang berumur di bawah 30 tahun dan bukan seperti amalan sekarang, warga emas.

Perlu diingatkan, masjid bukan untuk orang pencen sahaja tetapi semua golongan termasuk anak-anak muda.

Masjid juga mesti diuruskan oleh kakitangan sepenuh masa bagi membolehkan segala urusan kebajikan dan lain-lain dapat dilaksanakan secara berkesan.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL, Seremban, Negeri Sembilan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya