Henti pertikai cara Ismail Sabri - Utusan Malaysia

Henti pertikai cara Ismail Sabri

KERATAN akhbar 8 November 2021
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

 SAYA ingin mengulas kenyataan bekas Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li dalam wawancara bersama Utusan Malaysia bertajuk Muafakat Nasional sudah lama mati yang disiarkann pada 8 November lalu.

Dalam artikel itu, Ku Li yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempertikaikan prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau beranggapan Perdana Menteri kesembilan itu tiada beza dengan Perdana Menteri sebelum ini terutama berkaitan cara pimpinan dan ekonomi negara.

Malah, Ku Li juga menganggap sekatan pergerakan (lockdown) yang dilakukan kerajaan tidak memberi kesan positif, sebaliknya ramai dalam kalangan rakyat yang bankrap, hilang peluang pekerjaan dan berniaga.

Pada masa sama, Ku Li menyentuh kegagalan barisan Kabinet yang dikatakan hanya menonjol dari aspek negatif.

Bagi pandangan saya, Ku Li tidak sepatutnya mengamalkan sikap  ‘terlalu mudah’ dan angkuh apabila mengatakan cara pemimpin yang menerajui kepimpinan negara serba tidak betul atau mempunyai kelemahan. Sedangkan beliau patut sedar bahawa setiap manusia dilahirkan tidak sempurna dan  kelemahan itulah yang membuatkan seseorang menjadi hebat.

Tiada mana-mana Perdana Menteri di dunia ini  boleh melakukan segala aspek dalam pentadbiran dengan sempurna tanpa sebarang cacat cela.

Janganlah cuba untuk menunjukkan kebijaksanaan dan kepandaian dalam segala aspek. Perlu diketahui, hakikat hidup ini adalah perjuangan dan tiada hadis atau dalil yang mengatakan setiap perjuangan itu perlu berakhir dengan kemenangan.

Ini kerana kemenangan hanya  bersifat sementara, bukannya hakiki iaitu kekal.   

Apa jua masalah yang mendatang antara sesama orang Melayu hendaklah diatasi secara bijaksana serta penuh berhikmah. Janganlah buat kesimpulan mudah dengan merangkumi semua masalah yang ada sehingga perkara baik tenggelam begitu sahaja.

Akhir sekali, janganlah kita bersikap putus asa dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. 

BAHARUDDIN SAMEK, Parit Keroma, Muar

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya