Guna media galak perpaduan - Utusan Malaysia

Guna media galak perpaduan

KEMENTERIAN Perpaduan Negara disaran menggunakan kelebihan media cetak dan sosial untuk mempromosikan semangat perpaduan di negara ini. – GAMBAR HIASAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BAJET 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 29 Oktober lalu turut memperuntukkan sebanyak RM448 juta kepada Kementerian Perpaduan Negara. Ini bermakna penambahan sebanyak RM24.7 juta daripada RM423.3 juta dari tahun sebelumnya.

Perpaduan rakyat adalah sesuatu yang amat serius dan penting bagi menjamin keharmonian, seterusnya melancarkan perkembangan negara.

Namun, keberadaan Kementerian Perpaduan Negara tidak dirasai oleh rakyat. Kementerian Perpaduan Negara seharusnya senantiasa menggalakkan dan mempromosi perpaduan tanpa henti. Ia suatu aktiviti yang seharusnya berterusan. Terutamanya di zaman pandemik ini yang mana pergerakan terhad telah mengekang interaksi antara kaum dan berkemungkinan mengakibatkan kerenggangan perpaduan.

Diharapkan peruntukan yang diberikan dapat digunakan dengan lebih baik dan lebih efektif.

Kementerian Perpaduan Negara juga mengendalikan Tabika Perpaduan dan Rukun Tetangga. Sekali-sekala Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Halimah Mohamed Sadique dilihat menghulurkan bantuan bakul makanan di kawasan yang memerlukan dan ia satu aktiviti yang bagus.

Oleh itu, saya mencadangkan Kementerian Perpaduan Negara menggunakan kelebihan media elektronik sepenuhnya, baik media perdana mahupun media sosial bagi mempromosi perpaduan dalam kalangan rakyat. Langkah ini bagi memastikan rakyat tanpa mengira umur tahu betapa pentingnya keharmonian dan perpaduan untuk kesejahteraan kehidupan serta pembangunan negara.

AZMAN MOHD. HASHIM, Pengerusi Biro Perpaduan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya