Elak kedana selepas bersara - Utusan Malaysia

Elak kedana selepas bersara

Golongan pekerja swasta diminta menggunakan kemudahan i-Sinar bagi keperluan penting tanpa boros berbelanja demi menjamin kehidupan selepas bersara. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AGAK mengejutkan apabila Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Nurhisham Hussein mendedahkan, baki kewangan pencarum terutama bumiputera hanya kurang RM10,000 untuk meneruskan kehidupan di hari tua nanti.

Bebanan di hari tua nanti bukan sahaja kepada penyimpan tetapi turut membebankan kerajaan dalam membantu golongan ini kerana Malaysia menghampiri status negara tua menjelang 2030.

Sama ada ahli (pencarum) atau kerajaan perlu merangka strategi untuk mengembalikan pekerja menyimpan di KWSP agar keperluan ketika bersara mencukupi sehingga ke akhir hayat. Dijangka sebanyak RM240,000 diperlukan bagi tempoh 20 tahun selaras dengan jangka hayat rakyat Malaysia.

Jika tidak mempunyai simpanan persaraan yang kukuh dan mencukupi, mereka boleh jatuh miskin dan menjadi papa kedana selain menimbulkan masalah pula kepada kehidupan warga tua ini serta membebankan kerajaan.

Di pihak KWSP pula, mereka hanya membantu ahli untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM101.01 billion. Paling penting adalah pekerja yang menabung dengan KWSP perlu memikir semasak-masaknya sebelum menggunakan wang simpanan di hari tua.

Susah senang kehidupan di hari tua nanti banyak bergantung kepada cara perbelanjaan dengan jumlah wang yang tidak seberapa itu. Mereka perlu merancang perbelanjaan dan simpanan dengan bijak apabila pengeluaran dibuat.

Langkah seterusnya adalah meningkatkan simpanan dan mengembalikan jumlah simpanan sebelum sampai hari persaraan.

Diharapkan pandemik ini cepat pulih dan sektor pekerjaan akan kembali normal supaya dapat membantu ekonomi bergerak semula. KWSP pada masa sama dapat meningkatkan nilai modal daripada sumbangan ahli untuk pelaburan.

Akhir sekali, KWSP diharapkan dapat terus membantu pekerja menabung demi persaraan ahli agar kehidupan di usia emas tetap dijaga dan tidak jatuh miskin.

ABDUL HAMID, Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya