Dahulu boleh, sekarang tolak - Utusan Malaysia

Dahulu boleh, sekarang tolak

KEBANYAKAN agama menggalakkan penganutnya untuk berkahwin. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

UMUM mengetahui, terdapat dua jenis perkahwinan utama, iaitu monogami antara suami dan seorang isteri dan poligami terdiri daripada seorang suami dan beberapa isteri.

Di Malaysia, kita mengamalkan kedua-dua jenis perkahwinan berdasarkan agama masing-masing. Kebanyakan agama menggalakkan penganutnya untuk berkahwin kerana ia adalah perintah Tuhan.

Dalam pada itu, ahli falsafah, John Locke berpendapat, undang-undang semula jadi adalah abadi dan terpakai kepada semua. Ahli falsafah, Cicero pula berpendapat, setiap suruhan Tuhan adalah undang-undang sempurna.

Namun, menurut ahli falsafah, St. Thomas Aquinas, undang-undang semula jadi adalah undang-undang ditetapkan oleh Tuhan, kemudiannya diubah dan digubal oleh manusia berdasarkan akal yang boleh berubah dari satu tempat ke satu tempat.

Di Malaysia, hanya lelaki Islam dibenarkan untuk memiliki sehingga empat isteri. Hal ini kerana perkahwinan adalah fardu kifayah yang tertulis dalam al-Quran.

Islam menyatakan poligami bertujuan membela nasib wanita tidak berkemampuan dan membantu golongan miskin. Namun, bagi mereka yang ingin berpoligami, Islam menetapkan pelbagai syarat dan paling utama adalah boleh berlaku adil.

Oleh itu, secara jelas Islam mengguna pakai prinsip undang-undang semula jadi dalam menentukan jenis perkahwinan yang boleh diamalkan.

Bagi Kristian dan Hindu, pada asalnya penganut mereka dibenarkan berpoligami. Namun, setelah beberapa abad, prinsip asas itu berubah dan hanya perkahwinan monogami dibenarkan.

Perkara ini jelas menunjukkan pengaplikasian teori naturalisme agar sesuai dengan agama dan kehidupan manusia.

Hal ini kerana kebanyakan agama ingin menjaga kesucian perkahwinan yang dianggap terbina antara seorang lelaki dan seorang perempuan.

NURUL NAJWA FARIS & PROF. MADYA DR. SHAHRUL MIZAN ISMAIL, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya