Birokrasi susahkan urusan harta pusaka - Utusan Malaysia

Birokrasi susahkan urusan harta pusaka

RM70 billion harta pusaka yang masih tertunggak memerlukan proses tuntutan yang lebih moden dan efisien bagi membolehkan proses itu dapat dilaksanakan dengan segera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENGURUSAN harta pusaka sememangnya suatu isu sensitif kerana melibatkan banyak tenaga, wang ringgit dan masa.

Ini kerana proses tuntuan harta pusaka mengambil masa yang lama bagi mereka yang tidak membuat wasiat semasa hidup. Jadi, banyak proses yang perlu dilalui bagi membolehkan harta pusaka dapat dibahagikan secara adil dan mengikut faraid.

Baru-baru ini, saya memberi pendapat dan cadangan kepada Jabatan Tanah dan Galian (JTG) dan pentadbiran negara khususnya mengenai harta benda pusaka melibatkan wang ringgit si mati.
Malah, peguam cara telah mengutarakan permasalahan wang ringgit dan harta benda pusaka yang dianggarkan mencecah nilai RM70 bilion dibekukan kerana ia tidak dapat dituntut atau tidak dituntut oleh waris. Lebih malang, ia tidak dapat dimanfaatkan oleh waris-waris dengan sewajarnya.

Hal ini berpunca daripada kelemahan pentadbiran pembahagian pusaka kecil di bawah JTG. Pentadbiran bahagian yang menyelesaikan isu ini mengambil masa terlalu lama sehingga bertahun-tahun untuk memanggil waris bagi urusan pembahagian harta menyebabkan nasib isteri dan anak-anak terabai.

Atas kelemahan ini, ia mendatangkan kerugian besar kepada waris yang tidak dapat pembahagian dan pembelaan yang adil, malah mengambil masa terlalu lama. Ada waris yang terpaksa menanggung hutang piutang, bayaran kenderaan sehingga ditarik oleh pihak bank, tidak dapat menghidupkan cukai dan insurans kenderaan. Semua ini berlaku atas kelemahan pentadbiran yang lemah.

Oleh itu, dicadangkan supaya kerajaan memberi tumpuan menyelesaikan perkara ini dengan mengkaji semula sistem sedia ada agar dapat meringankan beban rakyat dan membantu memudahkan urusan pusaka dengan melantik mereka yang arif untuk perbicaraan melibatkan kes harta pusaka. Dengan menambah kakitangan bahagian pentadbiran pusaka serta mempermodenkan sistem yang ada selain membuang jauh birokrasi, sudah pastinya akan mempercepatkan proses tuntutan harta oleh waris.

Ini kerana sistem yang lemah hanya akan membebani rakyat. Kerajaan boleh mengambil contoh cara kerja pihak swasta yang cepat dan pantas tanpa banyak birokrasi.

HADI, Utara Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya