Barang mahal: Apa langkah kita? - Utusan Malaysia

Barang mahal: Apa langkah kita?

PENGGUNA perlu bijak mengambil tindakan dengan mengadu kenaikan harga kepada persatuan pengguna agar harga barangan dapat dikawal. -GAMBAR HIASAN/MOHAMMAD FIRDAUS AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEKURANGAN bekalan disebabkan bencana alam seperti gempa bumi, banjir atau serangan tanaman tidak dapat diatasi tetapi boleh disiasat oleh persatuan pengguna dalam memastikan sebarang kenaikan harga itu berpatutan ataupun sengaja dilakukan penjual untuk mendapat untung berlebihan. 

Persatuan-persatuan pengguna perlu bersatu agar langkah mereka seterusnya akan lebih berkesan. Kedai-kedai yang mengenakan harga terlalu tinggi boleh dipulaukan oleh ahli-ahli persatuan pengguna yang bergabung ini. 

Ahli-ahli juga boleh dididik untuk  mengesan penipuan sama ada dari segi sukatan, mutu dan sebagainya oleh penjual. Langkah ini boleh dibuat bersama Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian. Malaysia atau SIRIM Berhad.

Selain itu, peniaga yang melakukan kesalahan hendaklah diberi  hukuman setimpal terutama yang mengambil kesempatan pada masa kritikal seperti banjir atau kebakaran. Undang-undang perlulah digubal untuk menghalang tindakan monopoli dan pakatan harga. 

Persatuan pengguna juga boleh bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk memastikan bukan sahaja pengeluar mendapat harga pasaran berpatutan tetapi pengguna juga mendapat faedah daripada mutu yang tinggi.

Dalam pada itu, tindakan pengguna yang bijak dapat membantu dan memperbaiki perkhidmatan agensi-agensi kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

BULBIR SINGH, Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya