Atasi kebanjiran warga Bangladesh - Utusan Malaysia

Atasi kebanjiran warga Bangladesh

KEBANJIRAN warga asing di Jalan Silang, Kuala Lumpur adalah satu fenomena biasa pada hujung minggu dan cuti umum.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA tertanya-tanya, berapa sebenarnya jumlah warga Bangladesh yang sedang bekerja di negara ini terutama di Selangor?

Kehadiran mereka terlalu ramai di sesuatu kawasan termasuk di Klang, Subang, Sungai Buloh dan Ampang sehingga seperti berada di negara asing apabila mereka berkumpul beramai-ramai.

Sama situasi di Kuala Lumpur yang mana lokasi seperti Jalan Silang, Bukit Bintang dan Pudu seolah-olah sama seperti di Dhaka pada hari minggu.

Agak pelik kerana di negeri-negeri lain juga bilangan rakyat Bangladesh ramai, tidak sama seperti dahulu yang hanya tertumpu di Lembah Klang.

Baru-baru ini juga dikhabarkan kedutaan Bangladesh menawarkan untuk menghantar pekerja rakyat negara itu ke Sarawak. Kerajaan Sarawak diharap fikir masak-masak mengenai tawaran ini.

Setakat bekerja masih boleh diterima tetapi pekerja Bangladesh didapati sewenang-wenangnya membuka kedai runcit dan menjadi peniaga di pasar borong.

Bagaimanakah keadaannya nanti apabila kerajaan membenarkan kemasukan semula pekerja asing ke negara ini setelah dibekukan akibat wabak?

Kerajaan perlu tetapkan semula sektor yang boleh mengambil pekerja Bangladesh kerana ada dalam kalangan mereka bekerja sebagai pengawal keselamatan padahal kerajaan telah tetapkan hanya rakyat Nepal boleh diambil bekerja bersama-sama pengawal keselamatan dari Malaysia.

Pekerja Bangladesh juga ramai yang bekerja sebagai pelayan di hotel dan restoran yang sepatutnya memberi keutamaan kepada rakyat tempatan terutama golongan belia yang masih dianaktirikan oleh majikan.

Kebanjiran warga Bangladesh akan membawa masalah gejala sosial melibatkan gadis Melayu berdasarkan kes-kes yang dilaporkan sebelum ini.

Kerajaan perlu menghantar pulang rakyat Bangladesh dan negara-negara lain sebelum membenarkan pengambilan masuk pekerja asing baharu supaya peluang kerja rakyat sendiri tidak semakin terhakis.

RAKYAT RISAU, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya