Arak: Bimbang ada agenda tersirat - Utusan Malaysia

Arak: Bimbang ada agenda tersirat

JENAMA minuman keras menyamai nama orang Melayu menimbulkan persepsi ada agenda tersirat untuk menormalisasi budaya minum arak dalam kalangan masyarakat Islam. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

JENAMA arak keluaran tempatan menimbulkan kontroversi baru-baru ini berikutan menggunakan nama yang sinonim dengan orang Melayu dan label seorang lelaki berjanggut serta memakai penutup kepala persis seorang Muslim.

Jenama sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan, seolah-olah produk itu keluaran Melayu Muslim.

Selain itu, ia menimbulkan persepsi ada agenda tersirat seperti ingin menormalisasi budaya arak dalam kalangan masyarakat Melayu secara halus dan berstrategi.

Sewajarnya isu ini diberi perhatian serius dan diselesaikan secara bijaksana oleh pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana melibatkan sensitiviti orang Islam, keharmonian dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.

Kekeliruan pasti timbul sekiranya isu ini dibiarkan begitu sahaja dan jenama sedemikian boleh dijual tanpa sekatan kerana memberi gambaran seolah-olah meminum arak merupakan budaya masyarakat Melayu Islam.

Sedangkan hakikat adalah sebaliknya apabila Islam mengharamkan arak dan bahan seumpamanya kerana memabukkan sehingga menghilangkan dan merosakkan akal manusia.

Selain itu, ia menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit lain yang membahayakan jasad, meruntuhkan akhlak sehingga merosakkan keluarga dan masyarakat serta memesongkan hikmah manusia itu diciptakan.

Lantaran itu, tindakan tegas dan langkah proaktif daripada kerajaan sangat diperlukan dalam menyelesaikan masalah yang timbul berkaitan arak.

Adapun dalam masyarakat majmuk yang wujud pelbagai penganut agama, maka pihak berkuasa dalam negara Islam tidak boleh menghalang penggunaannya dan perniagaan dalam kalangan bukan Islam.

DR. AZRI BHARI, UiTM Shah Alam, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya