Apa sudah jadi Penang FC? - Utusan Malaysia

Apa sudah jadi Penang FC?

PENANG FC memerlukan sentuhan magik dalam kalangan pemain untuk menjadi pasukan bola sepak yang disegani. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingatkan rentetan kekalahan dua perlawanan lalu disebabkan bermain di padang basah dan licin, rupa-rupanya upset sama sekali.

Bermulanya saingan Piala Malaysia, Penang FC agak kurang menyengat sejak pemain utama mereka mengalami kecederaan. Apa yang mengejutkan peminat Penang FC, reaksi spontan Ketua Jurulatihnya, Thomas Trucha yang mendapat julukan ‘Jurgen Klopp’ kerap memberikan alasan pasukannya masih berpeluang merebut kedudukan di tempat kedua dalam Kumpulan A. 

Sedangkan baru-baru ini tewas 0-4 di tangan Sri Pahang telah meranapkan peluang tersebut. Penang FC tidak sepatutnya kalah dan tercicir tiga mata berharga.

Kedudukan berada di tempat tercorot di belakang Sri Pahang dalam Kumpulan A dengan tiga baki perlawanan pastinya agak sukar melainkan  Thomas Trucha dapat mengulangi magis untuk menghidupkan peluang Penang FC ke saingan seterusnya, suku akhir Piala Malaysia.

Jika ini tidak dapat dilakukan, maka Penang FC dianggap pasukan hangat-hangat tahi ayam, kononnya boleh mencabar pasukan kuat seperti  Johor Darul Ta’zim, KL City dan Kedah FC.

Harapan kami peminat Penang FC, ayuh bangkit! Haria Penang haria. 

MUZAKKIR IBADURRAHMAN, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya