Yuran prasekolah kekal penuh - Utusan Malaysia

Yuran prasekolah kekal penuh

PIHAK prasekolah perlu bertolak ansur berhubung yuran sekolah memandang masih lagi ramai ibu bapa bekerja dari rumah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini saya dimaklumkan oleh guru berkaitan pembukaan sekolah di negeri-negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Mengikut Kementerian Pendidikan, prasekolah di negeri Fasa 2 PPN hanya bagi ibu bapa yang bekerja untuk mengelak penularan Covid-19.

Pihak sekolah memberi kelonggaran bagi ibu bapa sama ada mahu menghantar anak ke sekolah atau meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Apa yang dikesalkan di sini, ibu bapa masih perlu membayar yuran penuh sekiranya memilih PdPR sedangkan ia tidak melibatkan kos di pihak sekolah. Sebaliknya ibu bapa pula terpaksa berkorban membeli pencetak, dakwat dan kertas bagi membolehkan anak-anak meneruskan pembelajaran.

Harap kerajaan memberi kata putus berhubung prosedur operasi pembukaan prasekolah.

ADRA
Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya