Tak tahulah apa nak jadi - Utusan Malaysia

Tak tahulah apa nak jadi

SITUASI politik yang berlaku hari ini boleh menyebabkab perpecahan dalam kalangan pengundi Melayu. -GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK akhir-akhir ini sudah tertubuh parti baharu dan beberapa pihak yang ingin menghidupkan semula UMNO ‘lama’. Situasi politik yang berlaku hari ini akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan pengundi Melayu. Ia sekali gus melemahkan kuasa politik orang Melayu.

Mengapa orang Melayu tidak mahu bersatu? Sedangkan mereka boleh sahaja duduk semeja dan membincangkan apa jua masalah dan mengambil keputusan terbaik seperti dalam ajaran al-Quran.

Dalam pada itu, saya berharap pihak yang kononnya mahu membuktikan  yang terbaik kepada rakyat segera menunaikannya. Jangan dipermainkan harapan rakyat. 

Jika boleh, buatlah aku janji bersumpah selepas menyatakan hasrat yang mahu menetapkan kebajikan rakyat iaitu golongan miskin tegar diberi RM700 manakala B40 sebanyak RM500 sebulan selama satu penggal. 

Selain itu, berdasarkan penulisan Zulkifli Jalil bertajuk Cakap salah, tak cakap salah yang diterbitkan pada 11 Oktober lalu  ada benarnya dan saya menyokong penuh pendapat itu.

Saya menyokong penuh pendapat dan pandangan beliau berkaitan orang Melayu mungkin akan mengemis dan meminta-minta demi mendapat sokongan yang kecil. Tak tahulah apa nak jadi.

BAHARUDDIN SAMEK, Muar, Johor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya