Skuad 69 PDRM prihatin ahli - Utusan Malaysia

Skuad 69 PDRM prihatin ahli

ALIAS menyampaikan sumbangan kepada Latifah Othman yang kehilangan suami akibat pelbagai penyakit seperti jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA 14 Julai lalu, Utusan Malaysia menyiarkan artikel bertajuk Terima kasih IJN, HKL dan ruangan Forum.

Artikel berkenaan merupakan penghargaan seorang adik ipar kepada kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Institut Jantung Negara (IJN) yang berusaha merawat arwah abang iparnya di dua pusat perubatan berkenaan tanpa mengenal penat lelah walaupun ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

Susulan itu, Skuad 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada bekas anggota polis menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga Ismail @ Musa Kadim yang meninggal dunia pada 3 Jun lalu melalui Tabung Khairat Kematian Skuad 69.

Majlis berlangsung pada 21 September lalu. Sumbangan disampaikan oleh  Ketua Jabatan Pengurusan Polis Kuala Lumpur, Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif. Turut hadir ialah Timbalan Presiden Skuad 69 PDRM, Datuk Alias Abdul Rahman.

Untuk tahun ini sahaja, seramai 30 keluarga ahli Skuad 69 PDRM menerima bantuan ekoran kematian akibat jangkitan Covid-19 dan sakit tua.

Sekali lagi saya sebagai isteri kepada arwah Ismail merakamkan terima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang merawat suami saya.

 

PANGNAM, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya