Sanusi suka cari populariti? - Utusan Malaysia

Sanusi suka cari populariti?

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEINGAT saya,  Muhammad Sanusi Md. Nor  yang kini merupakan Menteri Besar Kedah bukanlah asing bagi masyarakat Melayu di Pulau Pinang kerana pernah bertugas sebagai pegawai pendidikan di sebuah agensi  kerajaan negeri tidak lama dahulu. Malah saya juga pernah mengenalinya.

Suatu perkara pelik semenjak beliau dilantik sebagai  Menteri Besar adalah tindakannya yang seolah-olah alergi atau anti kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.

Tidak dinafikan sikapnya yang suka menyakat dan bergurau adakalanya tidak sesuai pada masa dan keadaan memandangkan beliau kini merupakan ‘tuan besar’ bagi rakyat dan kerajaan negeri Kedah. 

Disebabkan itu, tidak wajarlah beliau mengungkit kembali bahan arkib yang kini tinggal sejarah semata-mata mahukan populariti politik

Begitu juga dakwaan terbarunya mengenai isu skandal Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) yang sepatutnya sesuatu yang serius tetapi menjadi bahan gurauan semasa di temu bual oleh seorang pempengaruh sosial media. 

Saya juga sependapat dan bersetuju dengan kenyataan akhbar oleh seorang tokoh tersohor Pulau Pinang iaitu  Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Tan Sri Yussoff Latiff  mengenai  sikap serta kepemimpinan Muhamad Sanusi.

Beliau tidak sepatutnya  terlalu lantang mengungkit kisah silam seperti pajakan Pulau Pinang ke atas Kedah serta isu-isu lain yang pernah menjadi berita sensasi seperti bekalan air bersih. 

Hal sedemikian tidak pernah ditimbulkan oleh mana-mana Menteri Besar Kedah yang lalu hatta Allahyarham  Tan Sri Azizan Abdul Razak yang mana beliau sendiri menjadi Setiausaha Politik kepadanya.

Beliau sebagai ketua kerajaan negeri wajar memelihara keharmonian serta menjaga hubungan baik antara Kedah dan Pulau Pinang. Ini kerana rakyat Kedah juga berkelana serta mencari rezeki di Pulau Pinang. Ternyata Muhamad Sanusi kurang sensitif serta tidak peka terhadap adab dalam menjaga hubungan baik negeri jiran. 

Ekoran tindak-tanduk beliau selama ini bukan sahaja mengundang pelbagai kontroversi serta banyak terpalit dengan isu-isu melibatkan hak orang awam, bahkan memberi gambaran buruk terhadap kepimpinannya apatah lagi boleh memalukan rakyat khususnya kerajaan negeri Kedah.

CUCU TOK JANGGUT, Bayan Mutiara, Pulau Pinang

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya