Perlu kaedah baharu pupuk perpaduan - Utusan Malaysia

Perlu kaedah baharu pupuk perpaduan

LANGKAH memupuk perpaduan jangan hanya bersifat retorik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEBELAKANGAN ini, terjadi beberapa insiden yang menguji dan menduga keutuhan perpaduan antara kaum di negara ini.

Antaranya, pada penghujung September lalu, berlaku perselisihan faham di depan sebuah tokong di Bandar Salak Selatan, Kuala Lumpur.

Kekecohan berlaku selepas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ingin mendirikan pagar penghadang untuk membina laluan ke sekolah.

Pada awal bulan ini, tular pula dalam media sosial kenyataan tidak sensitif oleh seorang pemimpin sebuah parti politik terhadap pemain badminton negara, S. Kisona selepas beliau tewas di tangan pemain Jepun dalam aksi separuh akhir Piala Sudirman.

Berlaku juga sebelum ini, kes ceramah seorang ustaz yang menyinggung perasaan penganut agama lain sehingga berpuluh laporan polis dibuat terhadapnya.

Insiden ini semua membuat kita terfikir, di mana sebenarnya semangat dan penghayatan perpaduan kaum setelah 64 tahun negara ini mencapai kemerdekaan.

Pelbagai dasar, pelan dan perancangan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat telah diumumkan.

Namun, pencapaian pelaksanaan dasar, pelan dan perancangan ini semua seolah-olah tidak sampai kepada sasaran, maka perlu difikirkan cara dan pendekatan baharu.

Jangan hanya retorik atau sekadar membuat pengumuman tetapi pelaksanaannya tidak berkesan.

Jika perkara sensitif menyentuh agama dan menghina kaum dibuat oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab, dibimbangi ia akan disambut oleh sekumpulan kecil yang masih tidak bertoleransi yang boleh merebak menjadi krisis tidak terkawal.

Perlu dikaji segala pendekatan supaya ia bersifat kontemporari dan berkesan.

AZMAN MOHD. HASHIM, Ahli Majlis Eksekutif Pusat, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya