Pencen RM300, peritnya hidup kami - Utusan Malaysia

Pencen RM300, peritnya hidup kami

MASIH ramai yang menerima kadar pencen RM300 sebulan dan ia menyukarkan warga emas untuk menampung perbelanjaan harian. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ANGIN sudah bertiup kencang dan ia menggusarkan bekas kakitangan kerajaan apabila kerajaan dikatakan akan menimbang dan mengkaji semula kadar pencen bulanan yang tidak sesuai dengan keperluan semasa. Fokus perbincangan itu melibatkan kadar pencen RM1,000 sebulan.

Bagi saya yang merupakan orang kurang upaya (OKU), kadar pencen di bawah RM1,000 sebulan adalah kes terpencil dan tidak perlu diperbesarkan sedangkan banyak lagi kes terpencil lain yang jarang dibincangkan tetapi sudah banyak kali didesak oleh pesara terutama dalam kelompok penswastaan ketika bekerja.

Masih ramai lagi dalam kalangan mereka yang menerima kadar pencen sebanyak RM300 sebulan. Tidak kesiankah melihat mereka yang tidak cukup makan, minum dan barangan keperluan dalam persekitaran kos kehidupan yang tinggi?

Salahkah mereka menyahut seruan penswataan ketika bekerja dahulu? Akhirnya apabila bersara, mereka mendapat pencen yang sangat kecil. Sama seperti saya yang pernah berkhidmat di Jabatan Telekom Malaysia, suatu ketika dulu.

Bertimbang rasalah kerajaan. Jika mahu kaji, kaji jugalah kehidupan kami dengan penuh rasa simpati. Janganlah buat keputusan tanpa meletakkan kaki di kasut kami.

SIMANJENSI
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya