PdPR jangan sampai pelajar ketagih gajet - Utusan Malaysia

PdPR jangan sampai pelajar ketagih gajet

Belanjawan 2024 perlu memberi fokus terhadap penguasaan digital di sekolah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TINGKAH laku anak-anak semakin kompleks dalam era digital. Pembelajaran menjurus kepada pelbagai aplikasi yang merangkumi pelbagai kemahiran dan keseronokan. Melalui pendidikan era baharu itu, mereka akan berkolaboratif sesama rakan sebaya dalam jaringan maya.

Ruang komunikasi juga melatih mereka belajar mengkritik dan memberikan pelbagai idea. Masing masing akan berusaha dan berlumba-lumba menjadi orang pertama dalam pencarian maklumat dan menyebarkan kepada yang lain. 

Pembelajaran era digital juga mendorong anak-anak lebih kreatif dan  inovatif. Dunia terbuka dan kebebasan berfikir menjadikan pembelajaran tiada had dan batas sempadan. Segala ganjaran dapat dituai ketika sesi pembelajaran berlaku. Ini semua terkandung dalam set pembelajaran masa kini yang harus difahami oleh ibu bapa, pendidik dan ahli masyarakat.

Penggunaan pelbagai peranti dalam pembelajaran bersemuka juga perlu difikirkan kerana anak-anak telah terdedah sepanjang fasa pandemik Covid-19. Pengajaran dan pembelajaran dirumah (PdPR) telah mendedahkan anak-anak dengan pembelajaran digital. 

Sebahagian ‘keindahan’ papan putih diambil oleh teknologi digital, namun segala tugasan masih dapat disampaikan kepada pelajar secara baik. Ini  bermakna tiada alasan untuk  murid yang tidak hadir ke sekolah terus tercicir dan masih tidak menerima akses pembelajaran daripada guru. 

Namum begitu, ada juga yang tidak dapat menikmati pembelajaran era digital atas faktor sosioekonomi dan capaian internet yang lemah. Ini menjadi tanggungjawab pihak berkenaan untuk membantu.

Semua pihak harus bersedia menghadapi transformasi pendidikan dalam era digital tanpa mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan. Kealpaan membiarkan anak-anak belajar tanpa bimbingan dan kawalan akan mengundang persepsi ketagihan gajet. Pun begitu, pelajar sudah  bersedia dengan  alasan sedang meneroka khazanah ilmu demi masa hadapan.

 TUMIN YATMAN, Pengetua Cemerlang, SMK Seri Machap,  Simpang Renggam, Johor

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya