Manfaat inovasi teknologi wakaf - Utusan Malaysia

Manfaat inovasi teknologi wakaf

KAPSYEN : PEMBANGUNAN pelan Bandar Cassia, Batu Kawan yang bakal terbinanya sebuah institusi pengajian tinggi Islam berasaskan wakaf. - GAMBAR SKYSCRAPERCITY.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, 

PADA  zaman Khilafah Uthmaniyah, mana-mana harta wakaf dijadikan sumber pendapatan dalam membiayai sebarang aktiviti yang bersangkut paut dengan kebajikan masyarakat, kegiatan dakwah, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Wakaf ialah salah satu instrumen terpenting yang dapat membantu meningkatkan ekonomi ummah. Satu kerugian bagi umat Islam jika tidak mengambil peluang kerana di negara Barat, mereka sudah lama meniru dan mempraktikkan serta mengambil konsep yang telah dilaksanakan oleh institusi wakaf Islam. 

Instrumen wakaf skopnya agak luas tetapi tidak ramai mahu memahami konsep tersebut secara lebih khusus serta kepentingannya terhadap kemajuan ekonomi ummah. Sementelah itu, terdapat dua jenis wakaf yang disebutkan dengan pembahagian wakaf keluarga (ahli) dan wakaf kebajikan (khairi)

Melalui kesedaran berwakaf secara tidak langsung boleh menggerakkan kerja-kerja yang besar dilakukan secara berkelompok dan bersasar. Ia terbukti apabila terdapat peningkatan inovasi wakaf pada masa kini telah menukarkan kaedah tradisi yang lebih efektif. Sebagai contoh, wujudnya wakaf tunai, hotel wakaf, saham wakaf dan universiti wakaf.

Saya menyambut baik dan memuji inisiatif pihak kerajaan negeri Pulau Pinang kerana berjaya mewujudkan sebuah institusi atau agensi yang bertanggung jawab dalam menguruskan hal ehwal dana wakaf di negeri itu.

Terpanggil untuk saya berkongsi sedikit maklumat, dikhabarkan Dana Wakaf Pulau Pinang terlibat sama untuk menjayakan satu projek iaitu mendirikan institusi pengajian tinggi Islam berasaskan wakaf di Bandar Cassia, Batu Kawan.

Projek tersebut dianggap menarik kerana lokasinya juga dikatakan agak  strategik. Hal Ini seiring dengan keadaan serta berlakunya kepesatan pembangunan di sekelilingnya.

Pada masa sama, satu hari kelak pastinya akan menjadi mercu tanda kejayaan dan kebanggaan buat  penduduk negeri Pulau Mutiara itu.

Oleh hal demikian, institusi atau agensi wakaf hanya dapat digapai sekiranya masyarakat sedar serta memahami peri pentingnya kebaikan serta faedah daripada amalan berwakaf ini bersandarkan saranan baginda SAW agar umatnya dapat memperbanyakkan sedekah jariah.

MUZAKKIR IBADURRAHMAN, Seberang Perai Utara

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya