Kecewa pandangan Idris - Utusan Malaysia

Kecewa pandangan Idris

PERMINTAAN Idris Haron untuk UMNO bekerjasama dengan DAP tidak dipersetujui rakyat beragama Islam. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkaitan cadangan supaya UMNO membuka pintu kerjasama dengan DAP.

Sesungguhnya sebagai orang Islam, kita perlu menyedari hakikat yang akan berlaku apabila membentuk kerjasama dengan DAP sedangkan tujuan asal UMNO adalah untuk melaksanakan undang-undang Islam dan menghapuskan segala bentuk lesen maksiat.

Jika UMNO menjalin kerjasama dengan DAP, maka impian tersebut tidak akan kesampaian.

Perjuangan kita bukan semata-mata untuk kesenangan hidup di dunia, malah setiap tindakan yang diambil akan dipersoalkan di akhirat nanti.

Sebagai rakyat Malaysia beragama Islam, sudah tentu saya berasa amat dukacita dengan pandangan supaya diadakan kerjasama dengan DAP kerana bagi saya ia adalah semata-mata bagi memuaskan perjuangan politik peribadi.

Untuk pengetahuan semua, perlembagaan DAP sememangnya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

BAHARUDDIN SAMEK, Muar, Johor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya