SAUDARA PENGARANG,
APABILA menyingkap kembali kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, fokus utama yang dimainkan oleh pembangkang ketika itu adalah mengenai masalah penyelewengan sehingga mengakibatkan tumbangnya kerajaan Barisan Nasional (BN).
Berdasarkan itu, barisan kepemimpinan negara patut melihat itu sebagai satu isyarat bahawa pengundi mahu ahli politik di Malaysia bebas daripada sebarang salah laku.
Jika masih lagi gagal membaca kehendak rakyat, maka tidak mustahil perkara sama bakal berulang pada PRU-15 nanti.
Apa yang menjadi persoalan, adakah kita masih mengangkat dan menyanjung pemimpin yang terlibat dengan masalah salah laku dan mengulangi kesalahan sama?
BAHARUDDIN SAMEK, Muar, Johor.