Jangan takut buat aduan - Utusan Malaysia

Jangan takut buat aduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TIADA yang pelik berhubung surat pembaca dalam Forum Utusan Malaysia bertajuk Positif Covid-19 dipaksa datang kerja? pada 27 September lalu.

Ini kerana masih banyak syarikat atau premis perniagaan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Bukan sahaja pekerja dipaksa bekerja walaupun merupakan kontak rapat, malah ada syarikat beroperasi dengan kapasiti penuh tanpa penjarakan fizikal dan tidak menyediakan perkhidmatan saringan Covid-19 secara berkala kepada kakitangan.

Begitu juga ada restoran yang melanggar SOP apabila tidak menyemak status vaksinasi pelanggan.

Walaupun negara menuju fasa endemik namun jika terus begini, tidak mustahil kes jangkitan akan kekal tinggi.

Sikap mementingkan wang ringgit tanpa memikirkan soal kesihatan pekerja mahupun pelanggan sangat tidak berperikemanusiaan kerana ia berkaitan dengan nyawa seseorang.

Pekerja atau pelanggan yang teraniaya perlu berani tampil membuat aduan.

Tidak harus takut kerana ada undang-undang yang memihak kepada anda.

NAZ KHALID, Bagan Serai, Perak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya