Jangan salah rakyat enggan mengundi - Utusan Malaysia

Jangan salah rakyat enggan mengundi

POLEMIK politik negara yang tidak stabil menjadi punca rakyat enggan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERHUBUNG isu yang hangat berlaku dalam politik tanah air seperti lompat parti dan mengundi dalam pilihan raya umum (PRU) yang dibahaskan di Parlimen adalah tepat. 

Ini kerana rata-rata ahli Parlimen berpendapat supaya sistem yang ada pada masa kini perlu diperbaiki. Namun, ia tidak dibahas atau menyentuh perkara tersebut secara menyeluruh.

Jika diperkatakan melompat parti itu adalah satu kesalahan atau pengkhianatan manakala tidak mengundi pula satu kesalahan, terdapat cadangan bagi mengenakan denda kepada rakyat yang culas tanggungjawab tersebut. 

Kerajaan perlu melihat dan meneliti sikap rakyat yang enggan mengundi. Jika diselami hati rakyat, sudah pasti mereka akan mendapat jawapan.

Persoalannya, mengapa perlu meletakkan kesalahan kepada pihak lain sedangkan masalah tingkah laku atau sikap pemimpin politik itu sendiri tidak dikaitkan langsung? 

Rakyat sudah meluat dan menyampah dengan tingkah laku beberapa pemimpin yang bertindak keluar parti. Ini merupakan punca utama mengapa rakyat enggan keluar mengundi pada PRU nanti.

Walaupun mengundi merupakan tanggungjawab rakyat, namun kita tidak boleh memberi fahaman kepada umum bahawa kerajaan tidak akan tertubuh tanpa undian rakyat.

BAHARUDDIN SAMEK, Muar, Johor

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya