Jangan abai ujian kendiri Covid-19 - Utusan Malaysia

Jangan abai ujian kendiri Covid-19

KEPERLUAN bagi melakukan ujian kendiri adalah hanya selepas menghadiri majlis besar, melawat warga emas atau individu yang lemah imun atau yang menunjukkan simptom. – GAMBAR HIASAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK kerajaan memberi kelonggaran untuk aktiviti merentas daerah dan negeri, pastinya ramai berpusu-pusu pulang ke kampung halaman dan bercuti.

Pun begitu, di sebalik keseronokan berjumpa ahli keluarga atau kenalan, jangan sesekali abaikan soal kesihatan lebih-lebih lagi kini kita perlu membiasakan diri untuk hidup bersama virus Covid-19.

Sebelum pulang ke kampung halaman atau bercuti, adalah lebih baik jika anda melakukan ujian saringan kendiri Covid-19 agar tidak membawa pulang virus berkenaan yang mungkin boleh menjangkiti kanak-kanak yang tidak divaksin atau mereka yang mempunyai antibodi lemah.

Perkara sama juga perlu dilakukan selepas pulang dari kampung halaman agar tidak menjangkiti rakan sekerja.

Jika ujian menunjukkan anda positif, jangan bersikap mementingkan diri sendiri dengan tidak mengemaskinikan aplikasi MySejahtera.

Ini kerana tindakan sedemikian boleh memburukkan keadaan, lebih-lebih lagi jika anda berkeluarga, tinggal bersama rakan atau perlu bekerja di pejabat. Anda akan menjadi punca penyebaran virus.

Jika teragak-agak atau kurang yakin dengan keputusan ujian kendiri, anda boleh membuat ujian di klinik kesihatan kerajaan yang berdekatan atau klinik swasta.

Ingat, setiap langkah yang anda ambil akan menentukan tahap kesihatan orang di sekeliling.

Jadi, buang sikap ego dan pentingkan diri sendiri agar kita sama-sama menghindari Covid-19 dalam kehidupan.

NAZ KHALID, Bagai Serai, Perak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya