Henti hasrat jatuhkan PKR dengan taktik kotor - Utusan Malaysia

Henti hasrat jatuhkan PKR dengan taktik kotor

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SELAKU rakyat yang cintakan kedamaian, saya amat kesal dengan tindakan sesetengah pihak serta pengamal undang-undang di negara ini yang cuba mencabar keputusan pengampunan penuh  terhadap  Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam  kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya. Kenyataan ini sebagai respons keputusan Mahkamah Rayuan tempoh hari.

Tindakan sebegini bukankah satu perbuatan yang menghina institusi diraja? Sepatutnya pengamal undang-undang lebih arif dalam perkara tersebut dan wajar mengetepikan soal-soal bersifat peribadi atau  bermotifkan unsur politik semata-mata. Cukuplah dan hentikanlah tindakan yang tidak menguntungkan sama sekali kepada rakyat. Tindakan tersebut dilihat hanya memberikan imej buruk terhadap institusi pengamal undang-undang lain.

Apakah dengan niat untuk memenjarakan pemimpin tertentu hanya sekadar untuk melihat karier politiknya mati dan terkubur? Sebagai contoh dan bukti ikon dan wajah Anwar merupakan pemimpin idealis dengan perjuangannya, yakin, tabah dan kekal utuh tidak gentar malah tidak takut  sebarang ugutan serta ancaman.

Biarpun pernah beberapa kali dipenjarakan, aura dan pengaruhnya tetap menembusi jeriji besi dan tembok batu penjara. PKR bawah pimpinannya sehingga kini terus kekal bertahan walaupun terdapat dalam kalangan pimpinan parasit  yang cuba merosakkannya kerana melompat ke parti lain. 

Berpijaklah di bumi yang nyata dan secara jelasnya, keputusan  dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan adalah tepat. Ini kerana kuasa pengampunan diraja dilindungi di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan serta tidak boleh dicabar dan dibawa ke mahkamah.

Pada pengamatan saya, semenjak beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998, Anwar tidak berpeluang sekalipun  bertanding dalam  lima kali pilihan raya umum (PRU). 

Mungkinkah agaknya para pesaing atau seteru musuh politiknya dengan mencabar  kesahan pengampunan penuh hanya bagi memastikan Anwar sekali lagi  hilang kelayakan bertanding PRU-15 akan datang?

CUCU TOK JANGGUT, Bayan Mutiara, Pulau Pinang

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya