Hantar pulang ‘tauke’ warga asing - Utusan Malaysia

Hantar pulang ‘tauke’ warga asing

ANTARA deretan kedai dipercayai milik penjaja haram dan penjaja warga asing yang menjejaskan imej Kuala Lumpur. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEORANG ‘tauke’ warga asing yang merupakan pengusaha kilang pakaian ditahan Jabatan Imigresen minggu lepas seperti dilaporkan banyak media massa. Suspek berkenaan yang merupakan warga Bangladesh disyaki memperoleh pas lawatan kerja sementara (PLKS) dikeluarkan sindiket ID-Hack dan membuka syarikat dengan kerjasama rakyat tempatan.

Kementerian Dalam Negeri khususnya Jabatan Imigresen perlu mengkaji kelemahan dalam pengurusan pekerja asing kerana mereka yang sepatutnya bekerja dengan majikan tiba-tiba boleh membuka syarikat dan kilang sendiri. Hinggakan perniagaan milik warga Aceh, Bangladesh dan Pakistan boleh ditemui di banyak lokasi di seluruh negara dan bukan lagi tertumpu setakat di Chow Kit atau Jalan Silang di Kuala Lumpur seperti dahulu.

Kilang dan syarikat kontraktor swasta dibuka menggunakan nama rakyat tempatan. Pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti biasa memberi alasan premis-premis tersebut mempunyai lesen sah.
Taktik warga asing menggunakan nama orang kita untuk berniaga bukan baru berlaku setahun, dua ini. Sepatutnya sudah ada langkah atau tindakan bagi mengatasi perkara ini menerusi kolaborasi pelbagai jabatan seperti Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan PBT.

Sepatutnya pekerja asing yang didapati terlibat dalam perniagaan yang menyalahi undang-undang perlu dihantar balik. Sudah tiba masanya kerajaan tidak lagi berlembut dalam bertindak terhadap rakyat tempatan yang sanggup dipergunakan warga asing demi bayaran wang ringgit.

Lesen dan peluang berniaga sepatutnya menjadi hak warganegara tetapi sudah direbut rakyat asing disebabkan sikap orang kita sendiri.

PEMERHATI
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya