Bimbang pengacara TV terlibat LGBT - Utusan Malaysia

Bimbang pengacara TV terlibat LGBT

LGBT boleh menjadi wabak yang meruntuhkan bangsa. – AFP/GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA bersetuju dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad baru-baru ini bahawa Malaysia tidak akan mengiktiraf gender ketiga kerana ia boleh menyebabkan berlaku ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, saya berharap Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Radio Televisyen Malaysia (RTM) segera mencari penyelesaian bagi membanteras gejala negatif lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Saya berpendapat, golongan berkenaan semakin berani kerana tiada penyeliaan daripada pihak berwajib.

Saya khuatir gejala buruk ini boleh berlaku dalam kalangan juruhebah dan staf stesen radio serta televisyen.

Kalau ada, ia perlu segera dibanteras supaya tidak menular dan merosakkan pemikiran para penonton terutama generasi muda.

Golongan yang membawa budaya songsang tidak harus dibenarkan sama sekali bertugas secara siaran langsung di stesen radio dan televisyen kerana pasti mereka ini menjadi ancaman terhadap nilai murni yang diajar agama dan didukung masyarakat kita.

Jika budaya negatif ini dibiarkan tersebar secara berleluasa dalam masyarakat, ia bakal menjadi wabak yang boleh menyumbang ke arah keruntuhan bangsa.

Justeru, kerajaan perlu komited dan bersungguh-sungguh mencegah aktiviti golongan ini, sekali gus mengelakkannya daripada tersebar luas dalam kalangan juruhebah dan staf stesen televisyen sehingga boleh merosakkan keselamatan dan ketenteraman awam.

Tindakan tegas mesti diambil untuk menyekat gejala ini daripada menjadi penyakit yang lebih serius.

Seharusnya ia dirawat daripada akar umbi dan tidak seharusnya mengambil sikap tidak apa.

AHMAD DANISH HAIKAL, Kota Bharu, Kelantan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya