Bimbang mahasiswa alami tekanan mental - Utusan Malaysia

Bimbang mahasiswa alami tekanan mental

CADANGAN subjek tiada kaitan dengan kursus pengajian di universiti dijadikan sebagai elektif dilihat sangat baik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SARANAN Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini supaya universiti mengurangkan beban proses pengajian pelajar perlu dilihat dari sudut yang lebih positif.

Cadangan beliau supaya dikurangkan pengambilan beberapa subjek khususnya yang tiada kaitan langsung dengan kursus pengajian.

Ini dapat membantu pelajar universiti untuk memberi fokus sepenuhnya terhadap kursus yang diambil oleh mereka dan mengurangkan jangka waktu pengajian.

Cadangan beliau supaya subjek tiada kaitan dengan kursus dijadikan sebagai pilihan atau elektif adalah sangat baik dan perlu diteliti oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan semua pengurusan universiti.

Antara subjek yang patut dijadikan sebagai pilihan ialah berkaitan ketamadunan Islam, pengajian negara, kewarganegaraan, falsafah dan isu semasa, kesihatan dan gaya hidup, komunikasi serta pengurusan dan analisis data.

Penelitian semula terhadap semua subjek yang ditawarkan ini adalah supaya pelajar tidak dibebankan dengan pelbagai subjek tidak penting yang boleh membuang masa dan tenaga mereka.

Saya bimbang para pelajar akan mengalami tekanan mental dan emosi akibat terlalu banyak subjek tidak penting dan relevan yang perlu dipelajari oleh mereka di universiti.

Kerajaan boleh mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi meneliti cadangan yang dikemukakan oleh Syed Saddiq dengan lebih teliti.

Jawatankuasa khas berkenaan perlu dianggotai oleh wakil dari KPT, pengurusan setiap universiti, ahli akademik, pelajar, alumni, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik.

Melalui jawatankuasa khas ini, semua pihak dapat duduk bersama dan melihat kembali subjek-subjek yang kini ditawarkan di universiti sama ada masih sesuai dan relevan.

PROFESOR MADYA DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya