Bela nasib pengguna menerusi media - Utusan Malaysia

Bela nasib pengguna menerusi media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA mengenali Bulbir Singh yang merupakan antara penyumbang pandangan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia.

Dia dikenali ramai sebagai penulis berkaitan hal ehwal pengguna sejak sekian lama.

Bulbir begitu aktif membela nasib pengguna di seluruh negara. Bukan itu sahaja, dia yang merupakan bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan tidak kedekut berkongsi pandangan dan nasihat melalui akhbar tempatan sejak 40 tahun lalu.

Melalui perkongsian maklumat daripadanya, orang ramai semakin berwaspada terutama berkaitan bahaya barangan elektrik. Ilmu yang disampaikan berguna dan tidak akan basi.

Justeru, usaha yang dilakukan oleh Bulbir harus dihargai melalui penganugerahan khas dalam bidang berkaitan kepenggunaan.

SARAH MOHD., Semenyih, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya